|
|
| Monday, 16-Jul-2007 08:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Apa ada pada Nama~~
|
|
erm....lamanyaaaa x mengupdate fp ni..disebabkan terlalu busy..gambar baru pon dah lama x load..n xtvt mengcapture gambar2 jauhar's sister pon dah makin kurang...mama pon dah hampir ilang mood nak mengadap fp...tapi bila baca comment dr mummy arissa "u've been tagged" ..hati mama tergerak lak nak cerita mana mama dapat nama2 jauhar hati mama yang panjang berjela tu..(ehehhe..ngaku pon nama anak panjang...nak wat cemane...dah mmg mama giler nak boh nama anak peliks sket..sejak dari zaman bangku skolah lagik..ehehhe..nampak noo dr zaman skolah dah gatal dok pk sok2 nak boh nama anak apa..wakakakakaka....)
pada mama..mama x rasa pelik pon nama2 anak mama..saje mama nak nama yg unik..so nanti kat skolah..cikgu leh ingat nama anak2 mama yg unik2 tu.. ..
kebetulan nama ayah pon pendek Johari ..so mama take advantage la..boh nama panjanggggggg sket...
alkisahnya....
Jauhar Rhea Nabiha & Jauhar Elya Nafesa
mmg mama dah book nama Jauhar untuk kesemua initial anak2 mama (InsyaAllah) ...maksudnya Gem, jewel sama maksud ngan nama Ayah..yang mana secara simboliknya melambangkan...semua anak2 mama dann suami yang mama sayangi..semuaaaaaaaaaaaanya permata mama yang paling berharga... (fully authorized and approved by ayah..yeaa!)
nama Rhea lak...mmg bukan dr bahasa arab..tapi mama suka sebutannya..Rii-yaa, cam endon2 sket..nak wat cemane dah mmg wong jowoo... Rhea maksud dia Stream,Rivers ....semoga rezeki anak mama pon mengalirr derass seperti sungai yang mengalir..ehehehe..orang tua kata kalau air2 ni..maknanya rezeki ek..aminn...insyaAllah...(fully authorized and approved by ayah jugak...infact ayah yang pilih pon...mama tukang list.. )
Nabiha ha..yang ni mmg truly nama yang mmg dedicated khas untuk tuan empunya..mama mmg suka panggil Rhea - Nabiha..nak2 time tgh marah ngan dia...NABIHAAAAA!!..haaa..cam mak tiri sket...tok ayah pon suka panggil rhea - nabiha..cam klasik sket ekk..maksud dia.. Honest,noble, alert, intelligent..semoga anak mama akan sentiasa menjadi anak yang bijaksana..berjaya di dunia dan akhirat..insyaAllah..
Adik lak...paling pening nak decide nama apa yang nak boh tengah2 nama adik..mama dah reserved nama Eiliyah - The beautiful one to grow in peace and love with God ..cam manis je..tapi ayah cakap panjang sangat..so we decide tu spell Elya je..maksud dia The Lord is my God ..semoga adik membesar menjadi anak yang solehah dan sentiasa taat pada perintah Allah..insyaAllah..besarnyaa harapan mama dan ayah kan..mama rasa semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak2 kan..
dan nama Nafesa lak maksud dia Princess,Precious Delicate Gem ..cam sesuai sangat ngan adik..adik ni cam lembut sket...manja..sesuai ngat la ngan nama nafesa tu..ehehehhehe...(ni pon fully authorized and approved by ayah..)
hahaha...pasan x..mostly semua nama anak2 mama..mama yang pilih...ayah jadik lembaga penapis jek...ok la tu ayah ek..sbbnya dr nak carik nama rhea dulu..mmg ayah akan cakap..sukati la nak boh nama apa..janji best.. ..ekeke..bleh eh gitu...
alkisah camtu laa kisahnya macam mana anak2 mama mendapat nama memasing...
OOpss...nama mama ngan ayah x mo tau maksud ke?hahahaaa..mama ngan ayah nak interprame la gak...kot la sok2..anak2 mama nak tau apa maksud nama ayah n mamanya kan...nama mama ngan ayah kemetot jek..sbb tu lepas geram boh nama anak2 panjang2..hahahahhaaa.....
nama ayah - Johari - maksud dia Jewel
nama mama lak - Norhana - maksud Nor (atau ejaan sebenarnya Nur) ialah Light dan Hana maksudnya happiness ..cahaya kegembiraan gitu..hahahahaaa...gembiraaanyeeeeeeee..
hahaha..da la ek...makin ngarot lak rasa...sok2 kalau ada gambar baru De Jauhar Family..mama update lagik new entry ek...
| Quote: | ~pemilihan nama anak tidak semesti daripada bahasa Arab~
Sesetengah ulama haramkan nama biasa digunakan orang kafir.
Nama adalah identiti dan nilai diri. Pengenalan awal diri seseorang bergantung kepada nama. Bahkan, harta pertama yang diberikan ayah atau ibu kepada anaknya adalah nama.
Islam menetapkan ibu bapa menamakan anak dengan nama yang bermaksud baik. Sifat manusia sukakan yang indah dan baik. Islam itu indah. Allah sukakan yang indah.
Justeru, pemilihan nama anak tidak harus dipandang ringan. Nama anak yang didaftarkan tidak boleh ditukar, melainkan atas keperluan tertentu.
Sebagai Muslim kita percaya kepada hari kebangkitan atau hari akhirat. Sesungguhnya nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat. Setiap anak Adam dibangkitkan dan dipanggil dengan nama seperti nama di dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Kamu sekalian pada hari kiamat akan dipanggil dengan nama kamu dan nama bapa kamu, maka hendaklah kamu memperelokkan nama kamu.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Pemilihan nama anak secara tidak langsung melambangkan identiti ibu bapa. Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak mereka dengan penuh teliti dan berhemah.
Nama yang baik adalah doa, harapan ibu bapa kepada anak mereka. Dengan memberikan nama yang baik, mencerminkan niat suci ibu bapa supaya anaknya menjadi manusia yang baik seperti tersirat di sebalik namanya.
Sebaliknya, nama yang bermaksud buruk diumpamakan seperti sumpahan. Nama buruk mencemarkan taraf kedudukan manusia sebagai makhluk paling mulia di muka bumi.
Setiap ibu bapa ingin melihat permata hati mereka membesar dan hidup dalam baik, berjaya dan selamat. Permulaan hasrat itu perlu dilakukan dengan memilih nama yang baik. Nama dapat memberi pengaruh terhadap orang yang diberi nama.
Memilih nama baik untuk diberikan kepada anak adalah kewajipan ibu bapa. Rasulullah pernah ditanya oleh seorang sahabat mengenai kewajipannya sebagai ayah.
Lalu Rasulullah menjawab dengan sabda bermaksud: “Hendaklah kamu memperelokkan namanya, didik dan asuhlah dia serta letakkan dia di tempat sebaik-baiknya. ” (Hadis riwayat at-Tausi).
Proses memberi nama anak perlu dilakukan sebaik mungkin mengikut garis panduan yang diberikan Islam. Jangan pakai ikut suka hati tiru pengaruh Barat. Makin ramai tertarik dengan nama berbau kebaratan yang didakwa lebih moden dan sedap itu.
Pada zaman Rasulullah, ramai sahabat mempunyai nama tidak elok maknanya. Nama buruk itu dipilih ibu bapa ketika zaman jahiliah lagi yang tidak peduli soal pemilihan nama untuk anak. Justeru, Rasulullah mencadangkan nama baru untuk menggantikannya.
Diceritakan oleh Aisyah seperti diriwayatkan Tarmizi, bahawa Rasulullah biasa mengubah nama yang tidak baik kepada nama yang baik. Malah nama baik juga diberikan Rasulullah kepada nama tempat atau bandar.
Rasulullah pernah menukarkan nama anak perempuan Umar al-Khattab daripada Ashiyah yang bermaksud penderhaka kepada Jamilah bererti cantik.
Diriwayatkan juga pernah Rasulullah menukar seorang bernama Hazan (duka cita) kepada nama Sahel yang bermaksud mudah. Namun pemuda itu tidak mahu menukarkan nama diberikan bapanya itu. Akibatnya, dia sendiri mengakui perasaan duka cita tidak pernah lekang daripada dirinya.
Ketika Rasulullah tiba di Madinah, nama tempat itu ialah Yathrib yang bermakna `keburukan’. Lantas, Rasulullah menyatakan kepada penduduknya agar ditukar kepada nama baru iaitu Madinah yang membawa makna `yang indah’.
Jika nama tempat tidak boleh di nama dengan nama buruk, tentulah lebih lagi kepada manusia. Maruah manusia banyak bergantung kepada namanya. Penggunaan nama baik lambang betapa Islam amat mementingkan kepada imej baik. Nama baik diharapkan memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya.
Pendapat lain mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Hujah ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannya dan dinamakan serta dicukur kepalanya.
Pemilihan nama anak mestilah indah disebut dan membawa makna yang baik. Maksud indah ialah senang disebut, mudah diingati dan ringkas. Nama itu hendaklah melambangkan nama yang biasa digunakan orang Islam.
Nama yang biasa digunakan orang kafir sebagai melambangkan agama mereka hendaklah dielak. Sesetengah ulama mengharamkan penggunaan nama yang jelas melambangkan penganut agama lain.
Namun, nama orang Islam tidak semestinya dalam bahasa Arab seperti yang difahami sesetengah orang. Bagaimanapun, lebih elok jika nama yang dipilih untuk anak dirujuk maknanya mengikut bahasa Arab. Ia penting bagi mengelak makna buruk dalam bahasa Arab.
Didapati banyak nama Melayu diterjemahkan ke dalam bahasa Arab mempunyai makna buruk dan mengaibkan, biarpun amat baik bunyinya dalam sebutan Melayu. Nama binatang, perbuatan buruk, maksud buruk dan nama berhala banyak dinamakan kepada anak tanpa diketahui maksudnya oleh
ibu bapa ketika menamakan anak mereka.
Nama dalam bahasa Arab hendaklah dieja dan disebut betul-betul. Tambahan atau tertinggal satu huruf membawa makna berbeza. Justeru, elok jika dirujuk dulu kepada pakar bahasa Arab bagi mendapatkan ejaan dan sebutan tepat nama untuk mengelak salah makna.
Sekarang ini ramai ibu bapa yang sengaja menambah huruf kepada ejaan nama anak supaya kelihatan agak pelik dan panjang. Penambahan huruf q, e, y, f dan z banyak dilakukan kepada nama kerana dikatakan menarik. Banyak masalah timbul akibatnya. Pemilihan nama anak juga perlu
menunjukkan perbezaan jantina. Pemilihan nama anak lelaki dengan nama melambangkan anak perempuan adalah tindakan mengaibkan anak. Anak akan berdepan dengan masalah pengenalan identiti jantina.
Biarpun, dalam masyarakat Islam di Malaysia penggunaan bin dan binti untuk membezakan lelaki dan perempuan, penggunaannya hanya digunakan dalam urusan rasmi atau ketika nama ditulis. Sedangkan ketika panggilan harian tidak disebut bin atau binti.
Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak. Hanya ibu bapa tidak senonoh memilih nama tidak baik untuk anaknya. Nama Allah berjumlah 99 juga perlu dihindari daripada diberikan kepada anak. Nama itu hanya tertentu untuk Allah. Dijelaskan
bahawa Rasulullah pernah menukarkan nama seorang sahabat yang digelarkan Abul Hakam kepada Abu Syuraih. Nama Abul Hakam seperti nama Allah al-Hakam yang bermaksud terserah kepada-Nya segala hukum.
Nama yang boleh menimbulkan rasa sombong juga ditegah diberikan kepada anak. Ini berdasarkan kepada kisah Rasulullah yang bertemu seorang wanita bernama `Barrah’ bererti `Yang selalu berbuat baik’. Lantas Rasulullah memanggil nama wanita itu Juwairiyah.
Ibu bapa juga dinasihatkan mengelak daripada menggunakan nama panjang yang mengandungi gabungan beberapa nama. Ia biasanya berlaku apabila ibu dan bapa tidak sepakat memilih nama terbaik.
Ibu dan bapa perlu bertolak ansur untuk menentukan nama bagi anak yang baru dilahirkan. Bersabarlah, nama pilihan masing-masing boleh digunakan kepada anak seterusnya.
Islam tidak membenarkan penggunaan nama yang mendatangkan masalah untuk disebut dan diingati. Pemilihan nama panjang membuktikan kecelaruan fikiran ibu bapa dalam memilih nama anak.
Soal memilih nama anak bukan perkara mudah. Berilah nama yang terbaik dan menggembirakan anak apabila dewasa nanti. Ada anak berusaha menukar nama selepas menyedari masalah timbul akibat nama yang diberikan oleh ibu bapa.
INTI PATI
# Nama diberikan kepada anak di dunia kekal digunakan di akhirat.
# Ibu bapa bertanggungjawab memilih nama anak dengan penuh teliti dan berhemah.
# Islam menegah sama sekali ibu bapa melakukan sesuatu yang mengaibkan anak.
# Ada nama Melayu diterjemahkan ke bahasa Arab mempunyai makna buruk dan memalukan.
# Nama baik boleh memberikan kesan jiwa atau rohani kepada pemilik nama untuk berkelakuan baik seperti namanya. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 4-Jul-2007 09:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jauhar's eldest little sweetheart - Rhea
|
 |
|
1st year
|
|
 |
|
2nd year
|
|
 |
|
3rd year
|
|
|
rhea from day 1 sampai la 1 year..ketembaman dia mmg menten kan....bila tgk gamba dia dr baby..rasa syahdu jek..dah besar dah anak mama..dah nak pg skol, jadik anak dare...huhuhuhuhu..semoga Rhea bakal menjadi insan yg berjaya di dunia dan akhirat...mama luv u so much sayang...(mama suka sangat time rhea panggil mama "Mama Sayyangg..."..mama sayang awak jugakkk....... )
rhea 2nd years
my hunny bun!
| Quote: | dah lama mama bercita2 nak buat journey from birth mcm ni sejak tgk haris punya journey lam fp dia.. ...gambar dah lama kumpul...tapi.. x terbuat2..nak buat mcmmana..mama ni x kretip arr...dulu amik AI x amik multimed cam anty along , akhirnya..terrealisasi gak di atas ehsan anty along..tengkyuuuuuu longg.........jasamuu dikenanggggg |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jul-2007 07:54 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Another Wiken Xtvt~~ Perjumpaan Cucu2 dan Anak2 Beruang
|
|
venue : KLCC park
kehadiran anak2 beruang :-
hadir bersebab : hana, isha, yatie, baiti, zhulian
x hadir x de sebab : ja, lin, shikin
x hadir sebab leh terima : zam (jauh diperantauan), reen(x dapek kontek), liza (panjat gunung)
|
|
|
|
|
|
| Monday, 2-Jul-2007 04:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Another Wiken Xtvt~~ for kakak n adik..
|
 |
|
gambar kakak blur..aktif ngat..
|
|
 |
|
adik pon blur...apa kes ni mama...
|
|
 |
|
camera x canggih..:P
|
| | View all 23 photos... |
|
|
JJ time!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 21-Jun-2007 01:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Another Wiken Xtvt~~
|
|
|
dah lama dah xtvt ni..we had Hi-tea at Grand Seasons.Ada Atok, Wan, Ummi n Jauhar's Family!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 20-Jun-2007 06:44 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Im big girl now!~~
|
 |
|
ikh..ikh.. pic taken wiken lepas..belum kuar lagi gg masa ni...
|
|
 |
|
morning kakak!..dah gosok gg?
|
|
 |
|
nyum..nyumm....
|
| | View all 8 photos... |
|
Semalam besday pak itam..n guess wat? adik dah tumbuh gigi! ni kira hadiah besday pak itam la ni.. (ada kaitan ke..? we really miss u pak itam alfatihah..) .. mama terlalu busy sangat lately..n nasib baik mama x miss this thing!..mama yg first nampak gg adik..(eheheh...RASA ekteli..kalau tgk gusi lom nampak sgt pon..)..kalau rhea dulu start tumbuh gigi umur 7 bulan. adik advanced sket ler..umur 5 1/2 bulan..ermm..Alhamdulillah..semoga anak2 mama membesar menjadi insan yang sihat dan sempurna
| Quote: |
Hello, Hana!
Have you noticed how your baby turns to you when she hears your voice? Her expressions of attentiveness to you are really gratifying after the many hours of hard work you've logged in taking care of her. What seemed rather one-sided for so long is beginning to blossom into a truly interactive relationship. Don't be surprised if, more and more often, you feel like dropping everything just to get down on the floor and have fun with your baby.
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Jun-2007 07:59 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wiken time ~~ Kakak
|
|
Rhea yang mula2 penakut air..tapi lama2 x mo naik lak..huhuuhu..dr dulu camtu..asal wiken je ada je hal mama ngan ayah sekarang, so las wiken alhamdulillah akhirnya berjaya jugak bawak jauhar's sisters ni pergi lepak sambil swim2 kat klcc park..seronot banget!
sonot!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Jun-2007 06:21 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Wiken time ~~ Adik
|
|
last wiken..adik teman kakak Rhea swim.. ..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 1-Jun-2007 02:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Eyes of Grace~~ ver: Sleeping beauty
|
|
photo by : ~~Eyes of Grace~~
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-May-2007 06:01 |
Email | Share | | Bookmark |
|
~~Eyes of Grace~~ ver: Luv Bond
|
|
~~Mama's heart n soul~~
photo by : ~~Eyes of Grace~~
|
|
|
|